Istiwa A’zam (istiwa utama) .
Apa yang perlu dilakukan untuk menyemak qiblat dengan tepat?
Sebelum
- Pastikan jam yang selalu dibuat rujukan oleh tuan/puan mengikuti waktu piawai yang tepat.
- Untuk menentukan ketepatan waktu, tuan/puan boleh memeriksanya dengan SIRIM atau boleh juga merujuk kepada waktu yang terpapar di televisyen atau radio.
- Ketepatan waktu yang mengikut piawai adalah penting untuk mendapat hasil yang betul.
- Justeru, betulkan jam tuan/puan mengikut waktu piawai yang betul.
- Cari objek lurus yang keras seperti batang kayu, tiang atau pen.
- Pacakkan objek tersebut secara menegak (bersudut 90°) di atas permukaan yang rata.
- Pastikan bayang-bayang yang terhasil dari objek tersebut jelas boleh dilihat dengan terang dan jelas.
- Dan pastikan juga tuan/puan boleh melihat matahari dari kedudukan tempat tuan/puan pacakkan objek lurus tersebut dan tidak terlindung.
- Tunggu dengan sabar waktu yang disebutkan di atas.
Ketika peristiwa ini berlaku
- Perhatikan bayang-bayang yang terhasil dari objek lurus yang dipacakkan tersebut.
- Arah qiblat adalah arah yang bertentangan dengan jatuhnya bayang-bayang itu. (Rujuk gambar di bawah)
- Tandakan arah qiblat.
Selepas.
- Yakinlah bahawa itu merupakan arah qiblat yang tepat.
- Bersyukurlah kepada ALLAH subhanahu wata’ala yang telah memberikan peluang untuk tuan/puan memeriksa arah qiblat melalui kaedah ini.
- Hadapkanlah tubuh tuan/puan ke arah qiblat tersebut dengan penuh khusyuk ketika solat fardhu dan sunnat.
okay, just like physic method right? Siapa yang suka subjek fizik, gerenti minat bende-bende macam ni,kan? (i guess) Tapi,aku tak suka fizik,aku suka je bende-bende mcm kat atas tu. ;) The main point is, HEBATKAN KUASA ALLAH ? :D TIADA SIAPA DAPAT TANDINGI tuuu . SUBHANALLAH.
=)
No comments:
Post a Comment