cik puan seri datin ini kurang rajin menghapdate blog!
posted on 30 JANUARY 2012

Thursday, May 26, 2011

QIBLAT . ?

          Okay , asyik bebel je kan sebelum ni. Let me share some knowledge with you all. :) tadi ade bace pasal kedudukan matahari tepat di atas ka'bah pada tarikh 28 MEI setiap tahun, tepat pukul 5.16 petang dan 16 JULAI setiap tahun, tepat pukul 5.28 petang. (mengikut jam Malaysia). Peristiwa ni dikenali sebagai

Istiwa A’zam (istiwa utama) . 



Apa yang perlu dilakukan untuk menyemak qiblat dengan tepat?

 
Sebelum
  • Pastikan jam yang selalu dibuat rujukan oleh tuan/puan mengikuti waktu piawai yang tepat.  
  • Untuk menentukan ketepatan waktu, tuan/puan boleh memeriksanya dengan SIRIM atau boleh juga merujuk kepada waktu yang terpapar di televisyen atau radio. 
  •  Ketepatan waktu yang mengikut piawai adalah penting untuk mendapat hasil yang betul.  
  • Justeru, betulkan jam tuan/puan mengikut waktu piawai yang betul.
  • Cari objek lurus yang keras seperti batang kayu, tiang atau pen.
  • Pacakkan objek tersebut secara menegak (bersudut 90°) di atas permukaan yang rata.
  • Pastikan bayang-bayang yang terhasil dari objek tersebut jelas boleh dilihat dengan terang dan jelas.
  • Dan pastikan juga tuan/puan boleh melihat matahari dari kedudukan tempat tuan/puan pacakkan objek lurus tersebut dan tidak terlindung.
  • Tunggu dengan sabar waktu yang disebutkan di atas.


Ketika peristiwa ini berlaku
  • Perhatikan bayang-bayang yang terhasil dari objek lurus yang dipacakkan tersebut.
  • Arah qiblat adalah arah yang bertentangan dengan jatuhnya bayang-bayang itu.  (Rujuk gambar di bawah) 
  • Tandakan arah qiblat.

Selepas.
  • Yakinlah bahawa itu merupakan arah qiblat yang tepat.
  • Bersyukurlah kepada ALLAH subhanahu wata’ala yang telah memberikan peluang untuk tuan/puan memeriksa arah qiblat melalui kaedah ini.
  • Hadapkanlah tubuh tuan/puan ke arah qiblat tersebut dengan penuh khusyuk ketika solat fardhu dan sunnat.



okay, just like physic method right? Siapa yang suka subjek fizik, gerenti minat bende-bende macam ni,kan? (i guess) Tapi,aku tak suka fizik,aku suka je bende-bende mcm kat atas tu. ;) The main point is, HEBATKAN KUASA ALLAH ? :D TIADA SIAPA DAPAT TANDINGI tuuu . SUBHANALLAH. 
=)


Sunday, May 22, 2011

pembelajaran awal untuk kids :)



okay, song dekat atas ni sangat daan teramat sesuai untuk tumbesaran anak-anak. HAHA. tak perlu lah kalian bazirkan beribu ringgit tuk membeli cd or dvd kan? Aku rasa layan lagu ni dengan budak2 kecik mesty best . :D macam awww, sweet nya. :) 

let's have fun with this song babe, ! :D







Okay, kalau tadi pasal alphabet, sekarang pasal counting. Fair la kan, ada ABC and ada numbers. :) 

let's have FUN !

Saturday, May 21, 2011

it's all about YOU ! part two

          Okay guys, ini sahabat seterusnya yang bertakhta di hati aku.  =) Nama beliau NURUL AINIE BINTI MUHAMMAD. Nak tahu detail-detail pasal beliau, kau orang dipersilakanlah jadik follower beliau di http://ceritakenangansaya.blogspot.com/ . Oke, malas nak cakap banyak, beliau ini pun merupakan ahli DA'KEYES. Selamat menyelami dunia DA'KEYES ye kawan-kawan. ;D

          Beliau ni pun ade name HOT jugakk wehh. Nak tahu apadia? Sini aku nk heboh ni. Dari kt SEPANG dulu beliau duk heboh dgn nama beliau 'AINIE SI CHANTEK' tu. Mana datang hidayah nk letak nama tu pun aku taktahu. HAHA. So, korang harus tahu bila orang sebut pasal 'AINIE SI CHANTEK' jee, inilah   beliau. HAHA Part yang tak bleh blah nya, masa beliau di matriks dulu, orang ingat nama beliau memang AINIE SI CHANTEK?? what the __ ?? HAHA. Sumpah itu paling lawak. Aku ingat lagi beliau cerita dalam fon. ;) Ohh yaa, beliau adalah lepasan matrikulasi melaka dan belajar dalam course HAYAT. ;D      

            Beliau ni lah antara ahli DA'KEYES yang duduk agak dekat lah dgn rumah aku. TAMAN MELATI ke TAMAN SERI GOMBAK, tak sampai 1/2 jam pun. (kalau naik keretalah). Aku kerja kat MPH sama dgn beliaulah. Kitorng jage dekat THE WELD dgn PWTC. Cousin Ainie pun ada, DAYAT. member dayat, LUTFI. Kitorang kira satu geng lah dekat sana. ;) Haa, Si Ainie ni jugak lah yang membuka langkah untuk aku terjebak dalam LOVE ni haaa. haha.

10 benda yang aku tahu pasal BELIAU :

  • beliau berCAKAP sangat LAJU. kadang-kadang (selalu la jugak) suh beliau repeat balik apa yg beliau ckp td. HAHA
  • beliau ada STYLE BERCAKAP tersendiri. Dangerous sikit, sbb bende ni berjangkit. HAHA. Contohya, beliau suka panggil aku 'kak' dan aku secara tk lgsung pun pggil beliau 'kak' jugak. Kadang2 nyah, mak, pelbagai lah. haha. Yang paling latest, ayt beliau 'sedih sangat" , "..... pule". *kalau kau orang bace maybe tk dapat feel gaya beliau ni. so, kau orang harus kenal dgn budak ni secepat mungkin. haha
  • PEMALU. Yeeah, buktinya, asal nak masuk kedai tanya pasal vacancy je, mesty aku suruh beliau,beliau suruh aku. beliau kena ambil masa utk bertanya,akhirnya kitorang gilir2 tanya satu kedai ke satu . :) tp weh, ada satu part yang aku rasa beliau ni agak BERANI, beliau berani membuka mulut sehingga dapat number fon si S.A tu.? mana dapat kekuatan tah. Salunya tak terlibat pun. haha
  • beliau RAKAN 3G ku. HAHA. Masa dekat matriks dulu tiap-tiap bulan lah kami 3g kut. hoho. yelah, duduk jauh kan. Rindu nk tgk muka ainie si chantek tu. haha
  • CANTIK. ye, tak dinafikan. Beliau seorang yang cantik. Aku cakap ada bukti. Rakan sekelas weed sendiri yang cakap senyuman budak ni cantik ! ;) 
  • PENDIAM. Beliau ni agak la pendiam. tapi, takdelah pendiam gila pun. Sekali dah berbicara, hahh, dengar lah kalian. haha
  • mempunyai FIKIRAN YANG TERSENDIRI. I mean, macam dia sentiasa berfikir dan keep going berfikir mengenai sesuatu.
  • sangat FANATIC dengan NOVEL FATIMAH SYARHA. Masa pesta buku dulu, novel tu la yang kitorang bertungkus lumus carik. Sampai dia beli menggunakan 'duit simpanan' yang sangat sayang nak dikeluarkan. haha
  • COOL. beliau ni dgn membaca novel pun, bolah feel KETENANGAN wehh. perghh, yelah, baca novel yang islamic mmg camtu orang kata. (harap kan aku bace, boleh ke aku feel ketenangan tuh gak nye ye?) 
  • BIJAK. kalau tak bijak masakan beliau dapat teruskan pengajian di matriks tu kan. Even aku tak pernah tahu result beliau, aku tahu beliau sentiasa berusaha GIGIH melakukan sesuatu perkara. betul tak ainie , betul tak ? hehe =)
wish aku untuk BELIAU : 

             AINIE SI CHANTEK, ingat tak aku pernah cakap dekat kau, AIM FOR THE HIGHEST. ;) ingat tak ingat tak ? hee~ (mase tu kita tengah dating makan RAMEN) ;P Apa yang kau buat, itulah yang kau dapat. Serious aku tak tipu. (aku ni bajet betul nk bagi nasihat kat orang, bajet pandai nak mampus je) p/s : segala wish yg disampaikan adalah untuk diriku juga ;) aku taknak byk bebel, yg penting kalau dah berjaya jadik cikgu dlm pendidikan khas tu, roger me. kalau tak jadi pun, mungkin yang dapat tu adalah yg terbaik untuk kita. teriingat kata-kata kau (apa yang kita rasa tak baik tu sebenarnya adalah yang terbaik untuk kita). GOODLUCK AINIE. hopefully persahabatan kita NEVER DIE lah kan . :) the end ~ 


 ahh, tidak.. ada orang stalker i lahh ;P

 tgk GIGIH tak GIGIH beliau belajar ? haha

 ops, i memang PEMALU. ;P

 oke geng, mcm ni lah gaya feel yang MANTOPP okay ? haha

 AINIE SI CHANTEK  ? ;D

aku dan beliau . kau orang ada ?? ;P

it's all about YOU ! part one

         0kay , aku nak perkenalkan kat kau orang semua seorang sahabat yang tak asing lagi bertakhta dalam hati aku.=) Nama beliau ialah NURUL NAZIHAH BINTI SULAIMAN. Kalau nak kenal budak nih, boleh lah singgah di blog beliau, http://kauakusameje.blogspot.com . Hmm, okay, beliau ni salah seorang ahli DA'KEYES. kau orang wajib tahu kewujudan DA'KEYES tu, faham tak ? haha. wajib tahu berapa ahli DA'KEYES, malah wajib tahu yang DA'KEYES ni all gegirl. :) wahhh . (aku nak cerita pasal nurul laaaa)

        Let me tell you all about her. Yes, it's all about her! Budak ni BUDAK PUTRAJAYA wehh. (bak kata dia , putraVERYjaya) huh, VERYjaya lahh sangat... ;P Dia sedang menuntut di KOLEJ MATRIKULASI JOHOR. oke, korang yg duk sana, wajib kenal beliau! faham? sbb dia HOTSTUFF di mana-mana sahaja. HAHA. Beliau belajar course FIZIKAL dekat sana. Yes, i'm totally PROUD with her. Final beliau dulu, semua FLATTTTT wehh, fuhh, SUPERB. Termasuklah BI weh. (teror BI rupenye dak ni) Aku kalah kut dgn dia ni? HAHA. Ya, anda HEBAT nurul! ;D ohh, yaa , aku nak bocorkan nama samaran beliau di rumah. Kat rumah orang panggil beliau DEKYAH. hehe. Tapi, kat sepang, kitorang panggil beliau EBU je. Sebab dulu kalau melatah, tak sah kalau tak sebut IBU. kan kan nazihah kan? ;) tapi kadang-kadang kitorang panggil beliau NURUL,kadang-kadang NAZIHAH. ;)

10 pandangan aku terhadap BELIAU :
  • sangat KUAT tidur time sekolah dulu. Tapi, beliau kata since masuk matriks, beliau tak parnah tidur. Wahh, patutlah FLATTTT kan ? ;)
  • sangat COOL. Beliau bukan lah gadis yang suka mengumpat dan segala me... tak tentu hala. 
  • sangat RESPECT others privacy. Beliau tak cerita sangat apa yang beliau tahu.(kalau cerita pun,mungkin kat orang tertentu lah kan)
  • sangat suka HINDUSTAN. Weyy, kau orang, dia nyanyi lagu hindustan sedap wehh. (tangkap lelehh) haha
  • sangat suka layan KOREAN DRAMA ( i guess) . Sekarang, beliau fanatic gila dgn cerita 49days.
  • PANDAI. Serious tak tipu. Kalau tak macamana boleh FLATTT kan kan nurul kan? ;)
  • CANTIK. wey, rahsia beliau aku dah korek doo. (pakai SAFI BALQIS PERFECT 10) Aku nak cakap sikit ni, aku ni jujur, dulu time sekolah beliau gelapp sikit weh. Tapi sekarang, perghhh CERAHH wehh. Sangat KETARA oke? Dah ayuuu aku tgk . haha (jgn marah nurul) ;P
  • Mempunyai LESEN . hahaha . aku suka part ni. Sebab tanpa beliau aku tak kan dapat jumpa DA'KEYES. Beliau lah yang selalu pick up aku kalau kitorng gathering. terima kasih byk-byk.
  • sangat berMOTIVASI TINGGI. Aku jarang dengar beliau mengeluh, apatah lagi BERPUTUS ASA. Serious, aku tak pernah tgk beliau mengalah dalam satu benda pun wehh. SUPERBB
  • SKEMA . bhahaha . aku tibai yang ni. Sbb aku rasa beliau ni mana berani langgar peraturan. ngee~ Lagipun, time sekolah dulu beliau PREFECT pulakkkk.. fuhh, tapi beliau tak pernah SAMAN aku. hehe.
Wish aku untuk beliau :
     Thanx a lot , berjuta juta a lot aku nak ucapkan pada beliau dalam byk sebab. Contohnya,jadik part of my life,sumber motivasi,selalu tolong and macam-macam lah kan. =) ibu, aku tak sangka persahabatan kita seutuh ni. Serious. Sebab masa form 4 kita mcm kurang kenal je. ;') Aku rindu saat-saat rehat masa form 5. Kau lah yang  lead dalam pape nyanyian merdu yg kite kumandangkan tu. haha. Aku nak nasihat bab-bab agama pun, tak perlu lah kut. Sbb nurul mmg seorang yang agak lah concern about solat kan, ;) nurul tak perlukan banyak bebelan, sbb beliau dah KEBAL. haha. Mana ada, sebab beliau seorang yang bermotivasi tinggi. Yang kau perlu tahu, persahabatan kita never ever die. LONG LASTING. fullstop.

beliau rajin, bukan ? berkat padam whiteboard , tu yang FLATT tu. ;P teruskan usaha. haha

oke, beliau juga suka DRIF DRIFT ni.

sebenarnya,beliau ni pelahap. ;P 

tgk ni tgk, ayu tak ayu !! haha (tp, keROCKan masih terserlah)

beliau ada picture dgn maya karin ! kau orang ade? haha (aku pun takde)

Friday, May 20, 2011

pergghh ?!

wey wey , lihat lah ni . aku tgk orang lain post, teringin jugak nak post. Lihat lah dunia. Result yang tak seberapa nak hebat ni. maaf la kalau anda rasa saya ni bajet gila nak show off result kan ? Saya teringin nak post. Nak buat macamana. Tak suka takpa. (aiman tak kesah)






Userid: MA123456784 | No Matrik: MA3333333 | No. KP: 920717141111

SUBJEK
GRED
PERAKAUNAN
A
4
EKONOMI
A
4
PENGURUSAN PERNIAGAAN
A
4
MATEMATIK (AKAUN)
A
4
BAHASA INGGERIS
C
PNGS1
3.91
PNGS2
4
PNGK
3.95
STATUS
LULUS



         Begitu lah penyelesaian hidupkan selama berada di matrikulasi. Aku bersyukur ke Hadrat Ilahi. :) 
Yes ,  apa yang aku buat, itulah yang aku dapat. Mulanya, aku mmg tak letak langsung target 
untuk mencapai FLAT ini, sebab aku rasa mmg banyak gilaaa mistake aku time jawab exam ni.
 Aku LOST , tahu tak LOST tu apa? Aku tak boleh duduk lama dalam bilik exam tu. 
Sumpah, pungkok aku sakit. Mase belajar dalam bilik pun, aku duduk atas katil je. 
cepat gila pungkok aku lenguh kau orang tahu? haha. tulang temulang ku dah mcm nak krek dah. 
Itulah aku tak tunggu habis masa. Selesai je jawab exam, aku terus keluar. Aku hanya mampu BERSERAH. Aku taknak kata apa-apa. Yang aku tahu, kalau aku tak puas hati, aku harus tahu jawapan sebenar kepada soalan tu. Bukan IGNORE.

              Okay geng, let me share something with you all. Aku takdelah pandai, apatah lagi bijak segala bagai tu kan. Aku ni BUDAK TAKDA BASIC pun dalam accounting before this. Aku memang CUAK gila nak ambil risik masuk matriks. Yelah, cara belajar dia of course laju gila gila babeng. Tapi, aku TEKAD nak belajar ACCOUNTING ni, sebab aku minat, yes, i do. aku minat gila walaupun aku tak belajar sekolah dulu. Sumpah aku jelous tgk budak2 klas pedek(perdagangan) buat lejar, imbang imbang kan bagai. tekan kalkulator macam superb lah. Aku SUKA kau org tahu tak? ;D Tapi dulu aku klas food managment, so takde lah nak tahu lejar lejar tu apa. Tapi, kalau tanya ala carte ke,vitamin-vitamin ke, pastri ke, aku tahu lah nak jawab. :)




             Masa mula-mula masuk tu, aku ingat lagi, budak2 kelas aku,aku start cara berbual guna soalan ni : "kau ada basic acccount ke?" most kata "takda". Rupa-rupanya kelas aku mmg semua takde basic. So,aku takdelah rasa kecundang mana pun.sbb kira satu kelas tu sama level je. :) aku bangga dengan budak A3P1. Serious, kami semua together gether masa belajar dekat matriks ni. Kira saling tolong-menolong la kalau tak faham tu. Macam adik-beradik dah kami. Balance sheet tu apa kejadah pun kami tak tahu. haha



            Lecturer2 kat sana lagi cool gila time mengajar. :) Tapi, 
kalau mintak depa explain kan sesuatu tu, mmg superb explanation diorang.
Serious tak tipu. Kalau tak faham jugak, itu memang aku yang bermasalah.haha.
Aku rasa aku tak pernah lagi kena marah dgn lecturer kaw kaw punya.
Setakat bebel tu pernah lah, sampai aku "terkutuk,termaki,terhamun" mereka.
Yelah, saya manusia biasa yang penuh perasaan. Cepat je touching kan. ;) 
Tapi aku memang respect gila lah dengan mereka.
(kadang-kadang tak faham pun apa yang mereka ajar) .
Buat-buat faham itu penting. Sebab nnti kalau kena tanya soalan balik,
tak ke mampus? hahaha. 






            Budak2 yang ada basic pun byk jugak tolong aku ni ha. Yelah, mereka lebih mengetahui selok-belokk, liku-liku perakaunan ni kan. Tak perlu lah aku nak sombong sangat kan. Nanti aku yang RUGI. Aku selalu a jugak tanya roomate ku, dulu nak buat AKAUN T pun aku tak reti korang tahu tak? Bapak kesian gila aku ni. Dia lah yg ajar aku sampai faham,. nama dia Shazrina Kasman.:D thank you kawan :D



           Ending dia, setelah aku bertungkus lumut, itu lah hasil dia. AKU HARUS BUKTIKAN AKU YANG TAK ADA BASIC NI MAMPU LAKUKAN MACAM BUDAK YANG ADA BASIC. Sekian, terima kasih. :)











Saturday, May 14, 2011

myself !


        Yes , bende ni la yang first-first kita belajar time masuk darjah satu dulu. tak kira la masa tu belajar Bahasa Melayu ke , Bahasa Inggeris ke, mesti cikgu and teacher suh buat karangan pasal myself , diri saya. Kadang-kadang sampai masuk dalam exam, karangan jenis BIBLIOGRAFI kut , kalau tak silap. Tapi cikgu tukarkan kepada saya sebatang  PEN,saya sekaki PAYUNG and so many else la kan. Mase tu pulak la aku imagine yang aku jadik pen , payung ape kejadah tu kan ? haha.


 


        Jalan cerita dia mesty sama je. Mula-mula aku diproses, pastu aku di packing, pastu hanta kat kedai, ada tuan beli, lama-lama tuan tu beli yang baru. Ending dia mesti aku (pen,payung) dibuang ke dalam tong sampah. Begitulah cerita pasal myself si pen dan payung tu. Tapi, manusia ? macamana pulak? Ending macam tu jugak? (ending manusia mestilah ke kubur, I guess?)

       Oke, itu semua intro je. Aku nak cakap pasal myself. Yes, diri saya. Oke , diri saya. Taknak bace sudah.(aiman tak kesah) aku dulu kalau cikgu suh wat pasal myself, aku mesty cakap pasal nama aku,tarikh lahir aku,tempat lahir,favourite-favourite kejadah sume tu,hobi,cita-cita and apa tah lagi?(fikirlah korang)  korang mesty macam aku jugak kan? Kalau tak geleng je. ;)

      Tapi,sekarang? Sekarang sangat lain. Aku sendiri kadang-kadang (kadang-kadang la sangat) tak faham,myself tu macamana? T_T mase belajar dajah satu dulu tu sangat basic myself dia. Bhahaha. Korang, korang tawu ke the actual of yourself? I mean macam, korang tahu ke perangai sebenar  koraang mcamana?
Serious aku pun taktahu perangai sebenar aku macamana. Aku hanya tahu bila orang tu bagi tahu aku. (tapi ada jugak la yang aku tahu tanpa di beritahu). 

      Ok, aku tahu aku punya perangai sangat tak sama antara satu tempat dgn tempat yang lain. Contoh, perangai aku sangat dan teramatlah lain sama ada bila aku kat rumah mahupun bila aku dekat sekolah. Totally lain. (hipokrit ke macam tu?) bg aku tak oke! (keras kepala tak?) Buat apa aku nak cover-cover masa dekat sekolah? Lagi la pelik kalau cover dekat rumah kan? Masa aku dekat sekolah, and masa aku dekat asrama juga sangat lain.(tu yang kau kata kadang-kadang aku ni mcam dua orang yang berbeza tu kan?) lantak la kau nak kata apa. Aku adalah aku. Yes, I’m FLEKSIBEL.

      Ye, saya seorang yang pelik. Dekat asrama, saya masih boleh bertahan jika saya marah dkt orang tu, tapi, dekat rumah,kalau saya marah org tu,mmg saya marah.dekat asrama aku boleh ja gelak-gelak ngn geng-geng aku,tp dekat rumah? Tgk keadaan la. Dekat asrama, aku boleh cakap kat kawan yang aku nak menangis,dekat rumah,aku diam je.kenapa boleh jadi mcm ni? Kenapa, kenapa? “LUMRAH HIDUP LAH KAWAN”,”ala, STANDART LA TU KAN?”, apa lagi ?

      Saya tak tipu, kalau dengan orang yang saya sayang,saya memang akan(secara tiba-tiba) jadi seorang yang sangat pemalu gila. Kenapa aku macam tu? Aku sendiri pun takda jawapan dia. Kau nak kata aku cover? Suka hati lah, tapi aku mmg malu. And I don’t know why? Rasanya mcm-mcm je aku nak borak dengan kau. Tapi, bila dah depan mata tu,dia jadi lost kau tahu? Kenapa mcm tu? Oh GOD, aku sungguh tak faham. Sorry la, tak untung pun kalau kau jadi kesayangan aku. Minta maaf. Tapi,aku tetaap sayang gila-gila dekat kau. (perenggan ni untuk orang kesayangan saya a.k.a buah hati je) sorry la der,aku ni merugikan kau je. (siape la agaknyya yg tahan dgn perangai aku ni)

      Aku tak cerita pun pasal diri aku? Yelah, sebab aku manatahu the actual of mine. Yang pasti, aku jalani  hidup aku mcm biasa hari-hari. Ye, mcm biasa. Mendatar je. Takde turun naik pun. Korang still tak faham aku macamana? Tu tandanya kita tak rapat lagi la tu. Tp ada je membe yg rapat still tak faham aku,kut? (kut la, aku pun taktahu)

     Yang pasti,antara bende-bende yang aku penh dgr pasal diri aku adalah seperti berikut,
Aku ego,suka mara tak tentu pasal,aku gelak kelakar(part mana kelakar aku pun tak tahu),aku tak rety gelak,aku teliti,aku liar,aku sombong,aku sosial,aku gedik,aku bajet,aku mcm ada dua(kjp mcm tu,kjp mcm ni),aku tak ttp pendirian,aku penakut,aku cengeng, aku dan macam-macam aku la. Ye,saya terima segala apa yang orang nilai aku.aku suka orang yg menilai aku.terima kasih kepada korang. Ianya membina ;) ada banyak lagi aku rasa,tapi,tak ingat. (nnty aku update bila ada news)

10 perkara Yang aku tahu pasal diri aku :
1. Aku sangat tak suka dipaksa.(kalau kau paksa aku,lagi lambat kerja aku, bukan dan tak kan lagi cepat, oke?)

2. Aku suka menilai orang.(orang yang lalu lalang depan mata aku,akan aku pandang,dan aku akn fikir pasal orang tu) aku makan sangat lambat(sbb aku suka usha orang)

3. Aku kalau betul-betul aku nak benda tu,aku akn buat.(aku nak buktikan aku yg takde basic mmpu jawab exam,so far, first exam aku memadai la nak buktikan orang takda basic bole catch up,tp final exam aku,mcm tak betul.(maybe bajet dah ada basic)

4. Aku sangat berpegang pada MIND SET.(tp kadang-kadang mmg tak boleh RESET balik otak kita,maybe sbb dah tepu gila,takpun,sbb dia dah mmg sebati)

5. Aku akan tahan selagi aku boleh tahan.(takkesah nak kata apa,selagi aku rasa benda tu tak effect sgt,aku buat dunno je,tapi bila dia dah berbuah-buah,lame-lame dy gugur jugak)

6. Aku akan berdepan jugak even hati aku takut nak berdepan. (aku takut pergi camp,tp aku still dan tetap pergi,sampaikan pernah jadik fasi dah pun.aku first time merasai night walking.selama jadik peserta tak pernah lak night walking sorang2.and masa jadi fasi tu aku kena night walking sorang2 dan aku org first.bayangkan aku taktau jalan and jalan dy berbukit dan aku tak pernah jejak sekolah tu sebelum ni.tp mase hanta budak2 ni rase nya jalan dy straight je.kalau aku depan lagi mau jumpa jalan mati.tepi dah la hutan.agakla takut.nak jumpa sapa dekat dlm skolah pun taktahu?aku jumpa la jugak sklah dalam keadaaan taktawu tu)

7. Aku gedik. (ye, sila tunjukkan sy pompuan mana yg tak gedik langsung? Aku mengaku aku gedik. Tapi aku percaya aku takde la taiko gedik,gedik aku tahap biase je aku rasa,taktaw la kot kot perasan sndiri ke kan?)

8. Aku sangat tak suka benda remeh temeh. (setakat small matter,knp nak jadikan SUPER DUPER BIG matter?)

9. First impression aku tak suka orang tu,maknanya mmg aku tak suka. (tapi aku masih boleh berkawan dgn dia,Cuma mungkin tak rapat langsung)

10.kalau aku sayang, mmg aku sayang. (aku tak kan tipu pasal sayang, excpt yang gurau-gurau gedik tu la kan)

*byk je lgy sebenarnya. Cukup la aku show off 10 kan. Byk2 buat apa, bukan penting pun.
Conclusion nya, kalau kita cakap pasal diri kita , myself, mesty banyak yang negative compared to positive kan ?  ni la manusia. Jarang nak puji diri. Cop , lagy satu hal aku , aku suka baca buku motivasi. Aku suka quotes2 yang membina.aku kalau suka lagu tu aku akan salin lirik dia tak kira la panjang mana. ;)

 





Tuesday, May 10, 2011